Bismillah...
Ini first posting aku dan aku berdoa ini adalah langkah awal untuk aku kembangkan lagi bakal penulisan aku. Pada awalnya agak keberatan untuk aku menulis blog ini. Tapi setelah memikirkan manfaatnya boleh aku kongsi kepada semua maka aku membuat keputusan untuk menulis blog ini.
Aku nak kongsi sikit kepada mana-mana jejaka yang ingin memikat jiwa seorang gadis. Bukan memikat dirinya sahaja tetapi jiwanya juga. Sebelum apa-apa aku tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada yang menggunakan ilmu yang aku kongsikan ini untuk tujuan yang tidak baik bahkan aku doakan niatnya akan berubah kepada kebaikkan. amiinn.
Jadi nak dijadikan cerita pada tahun akhir ketika aku sedang mengambil diploma di sebuah kolej swasta di selangor, aku mula jatuh hati pada beberapa orang gadis. Namun yang menjadi pilihan hati aku hanya seorang gadis yang berjiwa ibu. Dirinya aku rahsiakan buat masa ini.
Pada awalnya kami bekerja dalam satu organisasi. hahahha macam tak biasa je. Dekat kolej/universiti, organisasi adalah salah satu cabang gerbang jodoh. Aku ketua dan dia AJK aku. Masa buat kerja lagi aku sudah fokus pada dia namun tidaklah sampai kerja aku terabai. Kena pandai agihla.
Ringkaskan cerita kenal punya kenal. Hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan. Makin aku kenal dia makin aku jatuh hati. Apa yang specialnya dia? tu nanti aku cerita. Kali ni aku nak cerita ringkas ja tentang macam mana aku kenal dia. Wajah ayu, akhlaknya baik, senyumnya manis kata orang kalau dia senyum mmg bersemutlah hahaha.
Tapikan mana perbincangan tentang cara pikat ea? haa ni aku share pada masa akan datang ya sebab waktu da senja. aku nak mandi dan siap2 ke KL skjap lagi.... hihi jangan marah ya...
inshaAllah kite jumpa lagi pada posting seterusnya =D
"Buat Baik Pada Semua Orang, Rapatkan Silaturahim dan Upgrade hubungan dengan ALLAH"

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete